Vacs D' Kalumpang [Vol.1]

| | 0 spooky
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Akhirnya program akhir tahun Majlis Pengawas Asrama 08/09 telah berjaya dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya MPA2 kerana memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan. Tak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat pemilik tempat penginapan kami, Sri Damai kerana memberi keizinan kepada kami untuk menjalankan aktiviti di sini. Juga sekalung penghargaan buat Cik Sherina dan Ustazah Rokiah yang sudi menjaga dan memasak untuk kami sepanjang kami berada di Sri Damai ini. Semoga kenangan terindah kita bersama di sini akan diingati buat selamanya...

_____________________________________________________

21 Dis 2009
Yeah~! Hari yang ditunggu2 oleh semua mantan2 MPA. Al-maklum, SPM pun baru je habis, mestilah nak enjoy kan? Awal2 pagi semua berkumpul untuk membaca Yaasin [semoga perjalanan vacation ini berjalan lancar] Bas bergerak meninggalkan sekolah tepat jam 10.10 pagi. Perjalanan ke Kalumpang mengambil masa lebih kurang 2 jam - itu pun sebab berhenti sejam kat R&R. Memula susah gak nak cari Sir Damai ni, sebab Encik Affandi kita ni terlupa [ade ke patot??] Lepas dah sampai, semua check in. Batak. Haha. Sampai2 je Diyana bawak pusing2 tempat tu. Peh!! Cantik~!

credits to Husnir =)


Tu baru sket. Blom letak gambar burung2 yang beraneka jenis dan warna. Ngee.. Comel! Petang tu ada aktiviti berkumpulan - lantik ketua, cipta nama kumpulan, reka 'reka bentuk kumpulan. Wahaha hasilnya ;


Kumpulan 1 (Siput Malaya)
Kumpulan 2 =VuLcAnZKumpulan 3 (Seharum Kasturi)
Kumpulan 4 (Sekeras Kerikil)


Malam, diorang buat OBH - Operasi Burung Hantu. Pekk.. Tak seram langsung! [Ade ke patot bunyi nyamuk punya kuat??] Sebelum start tu, girls memang cuak la, sebab rata2nya tak pernah main lagi. Berkepit la masing2. Ikat kain kat mata, jalan ikut arahan, sampai satu tempat, kena LOMPAT kat 'longkang-yang-dalam-la-sangat', then dipisahkan. Lol. Lawak gile~! Rupa2nya kitorang kena bawak depan rumah je.

22 Dis 2009
Second day.
Awal pagi lepas subuh sepatutnya ada Kuliah Subuh - tapi nak wat cemane semua terlajak sampai 6.15 pagi - Then di pagi yang indah itu kitorang wat sket streching @ warming up yang diketuai oleh Faris, Amri, Munawir, Azwan dan Shahir. Lepas tu terus lari jogging sampai sungai lebih kurang 1.5km. Ngee...
Sampai je Sri Damai, sarapan dah siap. Oh~! Thanks a lot to our Ustazah Rokiah! She's the best coooker!! Sedap! Dan dan.. Beliau turut dibantu oleh dua orang pembantu yang tak bertauliah yang sudi membantu dari awal sampai la ke akhir program - Sis Eddy and Diyana =) Dalam setengah jam lepas makan, semua serbu Sungai Inki - 2km dari Sri Damai - Pehh..memang jauh tapi bila dah sampai, lega. Air yang mengalir jernih mendamaikan perasaan. Hahah.. Sejuk sangat! Girls mandi bawah jambatan, boys mandi belakang sket. Mana boleh dekat2!!