
Nama Organisasi:
Majlis Pengawas Asrama / Majlis Perwakilan Asrama
(MPA)
Sesi :
2008 / 2009
Sekolah :
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang
Ketua Warden :
Pn. Sabariah bt Muhammad
Tarikh perlantikan :
08 Ogos 2008
Tarikh perletakan :
07 Ogos 2009
Tarikh yang begitu indah susunannya iaitu 080808 merupakan tarikh keramat bagi 44 insan terpilih di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Jalan Kota Raja, Klang, Selangor. Tarikh keramat itu juga telah berjaya menyatukan hati-hati insan terpilih ini untuk sama-sama mengembleng tenaga dan usaha untuk mentadbir asrama Rabiatul Adawiyah dan Asrama Umar Abdul Aziz.
Pelbagai pahit jerih telah kami tempuhi bersama tanpa rasa beban dengan satu niat untuk memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Hasil bimbingan para warden aspura dan aspuri juga, telah banyak membantu kami dalam menempuh pelbagai kesulitan semasa menjalankan tugas. Setiap teguran daripada semua warden juga, terutama sekali Puan Sabariah bt Mohamad, selaku Ketua Warden Asrama telah banyak memberi inspirasi kepada kami dalam menjalankan tugas kami ini. Saf kepimpinan ini yang diketuai oleh Muhammad Affandi Ujang telah banyak membuat lonjakan paradigma dalam menaikkan prestasi asrama.
Alhamdulillah, walaupun sepanjang penglibatan kami sebagai seorang Pengawas Asrama ini memberikan banyak ujian, dugaan dan cabaran yang pelbagai, namun kami tetap bersama menghakis segala keburukan dan kelemahan agar organisasi kami tetap teguh menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Tarikh 070809 secara rasminya kami telah menjadi mantan MPA. Tahniah buat semua!
Kenangan bersama pasti tidak akan dilupakan ^_^



















